MEmilih Keju Yang Halal....info dari chef Norzailina Nordin......http://norzailina.blogspot.com/2009/12/memilih-keju-halal.html
Terdapat pelbagai jenis keju dijual di pasaraya. Jadi, bagaimana memilih yang HALAL?* Pastikan ada logo Halal dari pengeluar di negara berkenaan.
Contohnya, keju dari Australia mesti ada logo Australian Halal Board. Begitu juga keju dari France, New Zealand dll.*
Rennet - bahan yang digunakan bagi menukar susu kepada pepejal keju. Biasanya ia diperbuat daripada bahagian dalaman perut binatang seperti lembu dsbnya. Jikalau lembu tidak disembelih mengikut keperluan agama Islam, bermakna ia tidak Halal dimakan. Kebanyakan keju dari Eropah menggunakan rennet daripada binatang.
Hanya pilih rennet:- microbial rennet (diperbuat daripada microbes, termasuk fungi dan bakteria)- non-animal rennet (diperbuat daripada bahan kimia lain atau sumber bukan binatang)- vegetable rennet (diproses daripada sumber tumbuh-tumbuhan)
* Kini sudah ada keju yang tidak menggunakan rennet langsung tetapi melalui proses pemerapan (fermentation).
* Keju lembut (soft cheeses) seperti krim keju tidak menggunakan rennet dalam pembuatannya.* Baca setiap paket keju yang dibeli kerana ia mungkin Halal dalam bentuk sebuku (block) tetapi tidak Halal dalam paket yang sudah diparut (ready grated).
* Keju dalam bentuk serbuk (kering) seperti Parmesan juga mungkin tidak Halal, jadi, berhati-hatilah selalu. Parmesan sering dihidangkan di restoran bersama Caesar Salad atau Spaghetti Bolognese
Tiada ulasan:
Catat Ulasan