Rabu, 6 Julai 2011

::PUDING KEJU::


Salam semua.......

Sana cni pakat tayang PUDING KEJU nie....den pun tingin gak nak mcoba.....heeee mmg x rugi la....sedap rasa lemak masin biskut keju tue n bau wangi biskut tue mmg best ssgt2 buatnya petang semalam......thanx buat KAK NOR....JUGA ALONG ROS n den C n P dari rumah IJAYUJI nuuun d Bangkok sana....k lah x leh nak pot2 banyak2 kang ada yg menyampah lak.... :) ...buat penyumbang2 resepi terima kasih banyak2 n mintak halal n ijin CnP kat rmh den...utk rujukan bila2 nak buat..k tq



sedap x cuba ssgt rugi ....

letak ja dlm mulut..errrmmmm.....xleh ckp lah.......try sendiri......

yg tue bkn tutttt lipas yea,,kang ada lak yg yg sangka den ternak lipas....heeeeee jom layan resepi..tp biasa lah yea..den mmg suka derhaka sikit..maap yea..yg nie recp asal yea....


BAHAN2:
  • 13g Serbuk Agar- ( wa guna 8gm jer jenama NONA)
  • 1 liter Air (500 ml air + 500 ml susu segar)
  • 120g Gula
  • 3 biji Telur (wa letak 1 biji jer)
  • 120-150g Biskut Cheese - blend halus
  • 1 sb Tepung Kastad
  • 400ml Susu Cair (x letak sbb xder stok)
  • 200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
  • 50g Mentega

CARA2:1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.Masukkan susu & kacau sebati.Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

2 ulasan:

  1. salam kenal, sedapnya puding cheese... nyum2x

    BalasPadam
  2. hihiii.. bukan 'itu' lipas ek wa.. hihihihhii :)

    BalasPadam