Sabtu, 30 Julai 2011

::KEK COKLAT MOIST (KUKUS)::


Salam...

Hari nie agak kelam kabut sket...ha..ha..ha...my kakak nak wat besday tuk anak dara dia...igt nak beli jer kek..tp memandangkan adik dia nak ajak wat kek ..mokcik godek2 la resepi..mokcik cari yg mudah n cepat sbb diorg nak start kul 4 katanya....masa nak wat tue dah kul 1.30t/hari dah...

so kuarkan semua bahan2 dia ...cepat2 wat sebolom anak teruna yg kecik tue bgn kang mmg x kd kerja lah asyik nak mengendeng jer.... den C n P dari rmh ros ..jintan manis.com yg mmg manis selalu..heee..ros mintak izin n halal akak tempek kat cni yea..pas nie bulih wat lg mmg senang sgt...

malu sebenornya nak tayang sbbnyer kek kat tepi tue ada kejadian sket ..tp sket jer la hee..sbb x bhati2 masa nak kuarkan dia ..huwaaaaa....dan yg lagi malu tang deco tue ..mmg tgn keras tul..tketar2. tgn..ha..ha..ha....tp xper la saya bdk baru belajar..hikk.hikk cikgu2 tlg jgn marah yea...

Kek Coklat Moist ( Kukus)
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila


*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

tp yang pasti kek nie mmg sedap ...selesai truz...yg dah d potong xder sbb malas lak nak bawa camera tue....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan