Ahad, 7 Ogos 2011
::KUL 3 PAGI G KLINIK....::
Khamis, 4 Ogos 2011
::SIZZLING NASI BLACK PAPPER wif EGG::PANJANG PULAK TAJUK..TP KAT KEDAI PON PAKAI TAJUK NIE.....
- tumis semua bahan (A)
- kemudian masukkan kesemua bahan (B)
- biar didih n ketepikan
- kemudian panaskan pan...masukkan mee kering td....
- pas 2 masukkan kuah yg dah d masak td
- masak sampai mee agak lembut..pas2 masukkan pula sayuran td.
- pecahkan telor dan biarkan telor setengah masak n padamkan api.....
- bulih lah d hidang kan (potong ayam n cendawan n susun diatas)...
Rabu, 3 Ogos 2011
::CERITA CERITI & IFTAR 1-MEE GORENG TOMYAM::
Ahad, 31 Julai 2011
::SALAM RAMADHAN::di tujukan kepada semua sahabat ....
Sabtu, 30 Julai 2011
::KEK COKLAT MOIST (KUKUS)::
malu sebenornya nak tayang sbbnyer kek kat tepi tue ada kejadian sket ..tp sket jer la hee..sbb x bhati2 masa nak kuarkan dia ..huwaaaaa....dan yg lagi malu tang deco tue ..mmg tgn keras tul..tketar2. tgn..ha..ha..ha....tp xper la saya bdk baru belajar..hikk.hikk cikgu2 tlg jgn marah yea...
Kek Coklat Moist ( Kukus)
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila
Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.
Khamis, 28 Julai 2011
::MEE ALA MAMAK TERCAMPAK:: :)
- tumis bawang putih hingga naik bau...masukkan fish cake, fish ball n tauhu goreng biar sebentar..
- msukkan cili mesin/boh td kacau dan agak naik bau cili(x perlu tambah air sbb nak wat kering bkn mee basah) ...masukkan mee dan biar goreng sebentar
- kemudian baru masukkan kicap,sos cili dan tomato,...kmudian masukkan sayur...dan telor
- kacau dan boleh d angkat..
Rabu, 27 Julai 2011
:: KAKAK DAN HAFAZAN JUZUK AMMA::
- 10- 12 -surah Al fatihah dan Al Qard
- 7-12 -surah Al Fatihah dan Al Fil
Ahad, 24 Julai 2011
::DAPAT AWARD LAGI...TQ MAMA::
::UDANG MASAK MERAH..SIAKAP BAKAR..SALAD NUGGET TUK BESDAY BOY(opppssss..)::
- Tumis semua bahan kisar dan sos cili serta cili kering mesin sehingga naik bau dan garing...
- masukan udang .....biar sebentar...
- akhir sekali masukan santan @susu cair..tomato dan bawang ..serta perasakan dengan garam dan gula .....
- tumis semua bahan mesin sehingga garing..masukkan garam dan gula...masak hingga sedikt kering....
- kemudian lumurkan pada ikan siakap ...
- kemudian balut dengan daun pisang
- boleh d bakar
- campur semua bahan dan gaul rata...
- siap tuk d hidang...
Rabu, 20 Julai 2011
::MENU SIMPLE...LOBAK MASIN GORENG TELOR::
- rendam lobak yg telah dipotong td utk kurangkan masin ..kemudian ramas2 sedikit dan tos kan
- tumis bawang besar i ..biar layu sedikit dan masukkan lobak tadi dan juga cili padi ..goreng sehingga agak garing sedikit dlm 5-6 minit
- setelah itu masukkan telor dan gaulkan biar bersalut telor bersama lobak td....oreng sehingga telor garing dan bolehlah dihidangkan...
- taburkan sedikt daun bawang juga bawang goreng....
Isnin, 18 Julai 2011
::TELOR DADAR PECAH SERANGKAK::
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
- 4 biji telor
- 1 labu bawang besar - didadu
- 1/2 cawan isi ayam - didadu kecil
- 2 sudu teh rempah kari daging
- 1 tangkai cili merah - dihiris halus
- sedikit daun bawang
- sedikit bawang goreng
- garam secukup rasa
- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar tadi hingga naik bau.
- Masukkan isi ayam dan diikuti dengan rempah, kacau balik hingga ayam masak. Ratakan ayam dalam kuali.
- Perlahankan api. Ambil sebiji telor dan pecahkan terus ke dalam kuali (ala-ala masak telor mata kerbau). Seterusnya pecahkan telor hingga habis dengan meletak telor perlahan-lahan di dalam kuali menutupi isi ayam.
- Tabur garam secukup rasa. Tutup kuali selama 1 - 2 minit.
- Bila nampak telor sudah 3/4 masak, tabur bawang goreng dan tutup api. Tolakkan telor dadar perlahan-lahan ke dalam pinggan. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja.
Khamis, 14 Julai 2011
::BLUEBERRY CHEESE CAKE::
lagi-lagi ku jatuh cinta
aku jatuh cinta kepada setiap ..............?????
jatuh cinta lagi
lagi-lagi ku jatuh cintaharus bagaimana ku ingin memikirkannya .....2 la tgn keras batu lain yg nak buat lain yg jdi..hu..hu..hu....huduh arrrr......
250 gm biskut mudah hadam - hana cume buh 180g je
125 gm mentega tanpa garam - hana buh 90g
Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream) - hana campur yogurt
250 gm krim keju
165 gm gula kastor - hana buh 140g
1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal ( wa guna halalgel)
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit (hana gune air panas, kacau dan sejukkan)
Bahan-bahan D
1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah.(xder wa -gantikan ngan blueberry )
Topping:
150 ml jus strawberry - hana gune jem stoberi jerk + 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk secara double boiler. Suamkan seketika then curahkan atas kek.(wa gantikan ngan jem blueberry)
1 sudu besar tepung jagung - x ltk
- Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
- Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
- Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
- Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
- Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
- Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
- Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. (hana dan k.zai cume masukkan 2jam jerk sbb dh keras)
- Buat topping dgn mencampurkan jus strawberry dan tpg jagung.Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api. - utk topping hana buat seperti di atas.
- Tuangkan jus stoberi hingga habis. Atur buah stoberi. simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan.
Rabu, 13 Julai 2011
::AYAM GORENG CAJUN BERSERAI::
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
2-3 ketul peha ayam-Buang lemak dan kulitnya.Potong saiz hidangan,cuci dan toskan
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3cm halia*-bahan2 bertanda * ditumbuk/kisar halus
4 batang serai-boleh letak lebih(biarkan pjg lebih krg 4 inci dari pangkal,tumbuk hampir lumat keseluruhannya dan tambah sedikit air)
1 tbsp serbuk kunyit-boleh guna kunyit hidup yang ditumbuk
1 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp rempah cajun (x letak xder)
1 tsp serbuk jintan putih
Garam dan perasa(jika suka)
Serbuk cili(jika suka pedas)-(wa letak rempah kari daging)
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara2:
- Gaulkan ayam dengan semua bahan2(termasuk serai dan jusnya sekali) dan perap seketika (atau semalaman dalam peti ais.)
- Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng sehingga keemasan
Jumaat, 8 Julai 2011
::LEMAK UDANG WIF PETAI N CENDAWAN...& SAMBAL TERUNG..
- rebus sebentarbiji petai tadi..kemudian buangkan airnya
- kemudian masukkan kesemua bahan A...dan juga bahan tumbuk
- biarkan didih dan perasakan dgn garam...
- tumbuk semua bahan
- kemudian tumis sampai kering
- potong tering setebal1/2 inci dan gaul bersama garam
- gorengkan sebentar...agak2 layu..keringkan lebihan minyak
- hidangkan dan taburkan sambal yg telah digoreng td....
Rabu, 6 Julai 2011
::PUDING KEJU::
- 13g Serbuk Agar- ( wa guna 8gm jer jenama NONA)
- 1 liter Air (500 ml air + 500 ml susu segar)
- 120g Gula
- 3 biji Telur (wa letak 1 biji jer)
- 120-150g Biskut Cheese - blend halus
- 1 sb Tepung Kastad
- 400ml Susu Cair (x letak sbb xder stok)
- 200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
- 50g Mentega
Khamis, 30 Jun 2011
::NASI AYAM PENYET:: 1 set tuk pokcik berbuka....
NASI AYAM PENYET
Sumber: IJAN BLOGRESEPI
Bahan2
Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak
· ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
· ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
· 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
· 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
· 1 sudu besar Serbuk Kunyit
· ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
· 3 ulas Bawang putih
· 1cm Halia
· Sedikit Air
· 1 sudu kecil Garam
· Minyak masak untuk menggoreng.
1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.- tak sempat, peram lebih kurang 4 jam je
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal.
· Sedikit minyak masak
· 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
· 10 biji Cili padi
· 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
· 3 biji Bawang putih, hiris
· 5 biji Tomato, potong 4
· 5 cm Belacan
· 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
· 3 sudu gula merah/secukup rasa
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup.>> ikut resepi mcm buat sup tu jerr
1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Tempe dan Tauhu Goreng. -
· 2 keping tahu – potong dadu
· 1 paket
· Sedikit tepung beras.
· Minyak masak untuk menggoreng.
1. Golek-golekkan tahu dan
2. Goreng hingga garing.
Untuk Nasi-
· 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
· 3 ulas bawang putih
· satu btg kayu manis
· dua biji buah pelaga
· bunga lawang
· sedikit butter
· garam
· separuh kiub pati ayam/daging
· 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.